qudwah hasanah = ikutan terbaik
Terbaca di satu ruangan dan mungkin boleh dikongsikan..
berdosa tau kalau simpan sorang2--
renung2kan yerk--
Ketika usia 7 thn pertama, ibu bapa boleh bermain sepenuh hati dengan anak-anak kerana ia dilakukan Rasulullah s.a.w.
Usia 7 thn kedua, berkawan dengan mereka kerana ketika ini remaja mahu ibu bapa mendampingi mereka.
Dan, usia 7 thn ketiga, beri perhatian kepada mereka, tanya masalah mereka dan ambil tahu kehendak mereka. Jika ibu bapa gagal berbuat demikian, rakan-rakan akan mengambil alih tugas itu.
Di usia remaja, ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada mereka. Jangan sesekali memperlekeh serta memperkecilkan kebolehan mereka.
Gaya bahasa & percakapan juga perlu diperhatikan sbb dah tentu kita sndiri tak mahu orang bercakap dgn apa yang kita sendiri tak suka mendengarnya.
Sometimes ada kalangan ibu bapa yang biasa menggunakan ayat seperti “Suka hati Alonglah!, “Mak tak peduli, itu Angah punya pasal! Gaya bahasa seperti itu digunakan bagi menghukum terutama apabila tidak bersetuju atau tidak menyukai sesuatu perkara.
Beri penghargaan dan iktiraf mereka. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku kagum dengan orang beriman, sesungguhnya setiap perkara baginya adalah kebaikan. Apabila ia diberi apa yang disukai, ia memuji Allah dan baginya kebaikan. Apabila ia ditimpa apa yang dibencinya, ia tetap bersabar dan baginya kebaikan.” (Riwayat Imam Ahmad)
SEMOGA IMAN KITA SEMAKIN BERCAMBAH
0 comments:
Post a Comment