
sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd, OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak..... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ... MENGASIHIMU. .. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
Friday, October 23, 2009
S.E.M.P.U.R.N.A
Posted by la~nina at 8:43 PM 3 comments
Labels: sembang lebih =)
Thursday, October 22, 2009
AMPUN AS IN SORRY
jika aku bersalah
mohon ampun aku
jika aku berdosa
aku bukan siapa-siapa
aku hanya manusia
yang tak lepas dari kesalahan
ku serahkan hidupku padamu
tuhan ampuni aku
ku memohon padamu
tunjukkan jalanmu
Posted by la~nina at 9:08 PM 0 comments
Labels: aku suker
Friday, October 2, 2009
RAYE~
akmal
ex SMKTPsalam kawan2x ...
selamat hari raye...
dah berkurun kosong
takde ape coretan kat blog ni
maaf ye xder kesempatan
asgment plak melambak
umpama berbongkah- bongkah ais yg hanye akan cair bile dah lepas exam..
hahaha perumpamaan ape ni...
aiya.....
thesis, psiko kaunseling, psiko kesihatan, ujian & pengukuran, mini viva etc.
hmmmm mati akal dibuatnye...
hari2x pun kerja keras
sabar cik lina....
ok stop pasal asgmnt, kiter citer pasal raye plak
trimas untuk kawan-kawan yang sudi dtg umah...
x kire la yg dr UKM ke yg ex-SMKTP ke kan...
due2 pun best....
berkawan biar ramai kan...
nampak gaye raye kali ni sakan aku beraye sampai balik malam
isy3x dasyat tui....
hahaha pengalaman orang kate...
laen kali kiter konvoi sampai 10 kete plak...
7 macam sket la plak...
hmmm kemusykilan
mengapekah berat aku turun..? kan hari raye mkan byk..
jadi misi sebulan ni
menaikkan berat badan kepada sebelum pose...
chaiyoook lina..
ok jgn lupe puase 6 ye kawan2x
adiossszzz
Posted by la~nina at 11:54 PM 7 comments
Saturday, August 29, 2009
BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH
kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin
kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome
kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa
kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat
kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah
kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut
TAPI...
kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan
kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri
kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain
kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati
kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama
Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah. bukan senang nak jadi senang.
BUKAN SENANG NAK JADI SENANG.
BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH
Posted by la~nina at 10:17 PM 0 comments
Labels: sembang lebih =)



